Majlis Hari Raya Mahamas 2019

Kuala Lumpur — 30 June 2019 Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh segenap pelusuk umat islam di seluruh dunia. Mahamas Services Sdn Bhd telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, bagi tujuan mengerat silaturrahim dan ukhwah diantara warga Mahamas dan penduduk setempat.

Majlis ini berlangsung di hadapan perkarangan bangunan Mahamas Polyclinic & Surgery Bukit Beruntung. Selain itu, Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ini turut dihadiri oleh YBHG Dato Dr. Khalid selaku Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi merasmikan Majlis Perasmian Mahamas Polyclinic & Surgery, majlis menandatangani plak oleh Dato Dr Khalid itu turut didiringi oleh Dr. Abd Saleem selaku pemilik syarikat Mahamas Services Sdn Bhd.

YBHG Dato Dr. Khalid sedang menandatangani plak di bangunan lobi Mahamas Polyclinic & Surgery
YBHG Dato Dr. Khalid bergambar bersama Dr. Abd Saleem di perkarangan majlis.
Sekitar upacara penyerahan cendera hati dari pihak Mahamas kepada YBHG Dato Dr. Khalid
Gambar Dr.Abd Saleem Bersama Para Tetamu Kehormat dan VVIP.

Selain itu kehadiran para tetamu yang hadir telah memeriahkan lagi majlis Sambutan Hari Raya ini. Ia telah memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk beramah mesra, menjalin silaturahim dan mengenali
dengan lebih dekat organisasi kami ini.

Kami dengan merendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu undangan yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri antaranya termasuklah anak-anak istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bukit Beruntung.

Dr. Abd Saleem menyerahkan sampul berupa duit raya kepada tetamu yang hadir
Dr. Abd Saleem menyerahkan sampul berupa duit raya kepada anak-anak istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bukit Beruntung.
Dr. Abd Saleem menyerahkan sampul berupa duit raya kepada anak-anak istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bukit Beruntung.

Selain itu Majlis Sambutan Hari Raya turut menyajikan pelbagai juadah termasuklah hidangan nasi beriani, kambing golek, satay ayam, mee rebus, kueteow goreng, minimuan kordial, minuman panas, buah-buahan dan kueh-mueh bagi meraikan para tetamu yang hadir. Selain itu majlis turut dihiburkan lagi dengan persembahan karaoke yang disertai oleh para tetamu dan warga mahamas sendiri.

Sebilangan tetamu yang hadir mewarnai Majlis Sambutan Hari Raya